Teristimewa Buat Mereka
perasaan yang menentang
ingatan yang mengikat
dan kita sering tumbang
bila berita jatuh menghempap
bagai meteor merentas, atmosfera

ketawa, nangis, senda-gurau, pukulan
jatuh dan bangkit
tolak dan hulur
marah dan pujuk
semua dirasa - bersama

tercipta kita, jua pada izinNya
pergi kita, bila tiba masa.
simpulkan sahaja tiap kenangan
dan ingatkan sahaja dengan ikhlas doa
moga - tertambah mana terkurang
tercantik mana hodoh
akhirnya, dengan izin Dia

aku pernah menulis sebuah puisi untuk sahabatku yang pergi mendahulu. 
puisi ini ekslusif buat mereka yang mendaluiku.
doa-ku, ampun-kan dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka dalam golongan orang yang beruntung.

Labels:

2013-03-16|| 0 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife