Ibu Tua

wanita itu; tua
merenung dari luar jendela
pada pandangan mata;dalam-dalam dari jiwa
diolah satu persatu suasana
dan dibuka sehelai demi sehelai langsir memori dari jendela
dia yang melakar tiap lakaran yang tertulis semalam
dia yang merancang, memohon dan meminta agar terancana menjadi realiti

tapi kini, dia cuma jadi pemerhati
cuma pemerhati
bukan lagi penasihat seperti dulu
kerna jawatan itu telah lucut, selari dengan usianya
dia dibiarkan seorang disitu
di tepi jendela usang
seusang masa yang pergi
dari tiap zuriat yang dikandung dan diasuh
tidak tinggal apa-apa
cuma hanya sebuah cerita
yang dia ulang-ulang
dia bayang-bayang
dia kenang-kenang
jadi madu bila pahit terasa di lidah jiwa

dia terbuang dalam tuanya
tuanya dalam usia
mudanya dalam jiwa
dia rendamkan air matanya
dia bebalkan telinganya
dia pendamkan perasaannya
sedihnya walau masih bersisa
takkan timbul dendam membara
seperti marahnya mereka padanya
cuma kerana sedikit nasihat penuh kasih dan sayang (yang tak kena pendekatannya-pada mereka)
dia dicampak di daerah sana

dialah ibu tua
yang dibuang ke lautan manusia-manusia
di dalam sebuah rumah orang tua
oleh anak-anaknya
yang tidak tahu kenang jasa
tidak tidak mereka sebenarnya berhutang nyawa
tidak tahu yang dia sebenarnya adalah ibu mereka
yang tidak akan kembali bila perginya
2012-05-14|| 2 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife