aneh :(
aneh.terjumpa seseorang yang pernah dipunya ,tapi sudah dipunya . di zaman sekolah-sekolah aku mula kenal dia ,daripada teman se-sekolah-ku .kala itu ,kerna angin pertukaran ,aku masih belum boleh bernafas dengan udara baharu itu .aku jadi semacam "kera-sumbang" .di awalan ,dia yang mula-kan .dia titipkan aku dengan salam perkenalan .tapi aku dengan lagak seorang laki-laki hebat ,hampir tidak endahkan ,dan aku jadi semacam ais batu ,yang cukup-cukup sejuk .aku buat-buat keras dan beku .waktu itu ,jumpanya di kedai sedara-nya .dan waktu dia melaung-kan nama aku ,semacam cahaya mukanya .mungkin gembira .aku sekadar menoleh sebentar ,tanpa niat mahu pandang benar-benar .dan aku hampir tak pernah nampak ,sepenuh-nya muka-nya .walau berkali-kali dia laung-kan ,aku cuma toleh sekali .cukup untuk puaskan hati dia ,agak tak dituduh aku sombong .tapi itu yang sebenar . akhir-nya ,cerita sekolah berakhir .aku dah mula-kan di tempat yang baharu .tempat permainan dan buang masa (KOLEJ). waktu itu ,aku baru dikecewa .dan semacam sedar yang aku macam kenal dia .aku cari dia ,tapi ,mungkin zaman dah berubah .dia sudah ada dunia dia ,dan aku bukan lagi siapa-siapa .tapi aku masih usaha ,dan bermula dengan suatu masa ,aku diterima jadi ABANG dia .lama-lama ,kisah kami bermula .aku naik pangkat ,cuma panggilan yang sama .tapi ,mungkin aku memang tak pernah sesuai di dunia dia ,aku dikecewa ,waktu aku sudah mula menerima .tapi ,salah aku juga ,sebab dulu ,aku yang tidak menoleh ,dan sekarang aku mahu dipandang .akhirnya ,kami kembali jalin-kan hubungan biasa-biasa .setahun sekali cuma berkata-kata dan berhubung .itu sudah cukup menggembirakan aku .tapi ,akhir-nya ,terputus jua . tadi,terpandang wajah dia .terkejut bila melihat ,dia ditemani yang baru ,ABANG dia .dan aku kenal siapa .saudara-ku juga. dia tertunduk malu-malu .mungkin tak sangka berjumpa .dia bukan berdua ,tapi sudah bertiga .balik ,tanya pada ibu ,dan ibu tahu mereka bernikah .malah ibu kenal dia .aku bertambah hairan ,tak sangka .aku cuma doakan dia bahagia .mudah-mudah kekal sampai bila-bila . p/s : aku cukup beremosi jodoh itu memang sudah ditulis ,dan hadirnya kadang-kadang tanpa disangka /keluar Labels: Luahan Kata 2012-02-10|| 1 comments
|
Siapa ![]() KeSanaSini
Sejenak kata
Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar Cetusan:BittersweetLife |