2012
Sedang Mendengar : LMFAO — Sorry for Party RockingHari ini , sudah masuk tahun 2012 . Secara tepatnya , sudah dua hari semenjak kita melewati tahun 2011. Sudah pasti, tahun 2011 berlaku macam-macam acara dan program dalam hidup gua. Tapi, bukan gua hendak tulis tentang 2011, sebaliknya gua mahu berkongsi sedikit tentang 2012. Semalam, buat pertama kalinya dalam sejarah gua, sambutan tahun baru disambut dengan cara berbeza dan jemaah berbeza. Semua berbeza, dari segi pendekatan, tempat, dan idea. Semua baru. Yang pasti, yang baru itu walaupun masih lagi pada peringkat awal, tapi cukup untuk memberi impak yang kalaupun tak maksima, tapi boleh bawa kesan. Sambutan tahun baru yang gua sambut sempena GEMS, di dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Tapi, ada juga benda yang gua rasa terkilan semalam, tapi masih gua rasa benda itu kecil kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah diiputkan pada kepala gua. Ok, cukup dengan cerita tentang sambutan. Hari ini, masuk dah hari kedua. Orang lain sibuk dengan azam dan resolusi masing-masing. Tapi gua masih tak berganjak. Sebenarnya, tahun baru gua dah lama pun bermula. Faham-faham sendiri je la. Ok, tapi yang peliknya, gua masih seperti yang lama. Macam tiada perubahan, walaupun pada hakikatnya memang gua idam-idamkan perubahan itu. Gua sendiri naik pening bagaimana cara dan gayanya untuk mengubah diri ini. Hahaha. Mungkin harus paksa diri baru datangnya ikhlas. Maaf, gua melalut lagi. Haha. Ok lah, cukup dengan sedikit tulisan ini. /out Labels: Luahan Kata 2012-01-02|| 0 comments
|
Siapa ![]() KeSanaSini
Sejenak kata
Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar Cetusan:BittersweetLife |