Dari Hospital ke Greentown Mall
Sedang Mendengar : The Libertines, Boys in the Band


Bermula dari hujannya hari, solat Zohor didirikan di Masjid bersebelahan hospital besar ipoh. Syukur, sempat berjemaah. Ingatkan dah tak sempat, sebab sampai-sampai di masjid, terus terpa tandas-sakit perut. Selepas selesaikan tugas khas, ambil wudhu', terus ke laman utama solat. Nasib baik belum lagi bermula solat, dan tok bilal masih berikan ruang untuk tunaikan solat sunat sebelum zohor. Alhamdulillah.


Usai solat, hujan mula turun. Pada mulanya, sangka renyai. Masuk ke perut kereta. Terus gerak ke hospital yang letaknya beberapa meter ke sebelah masjid. Pelan asalnya, mahu tunggu dalam kereta, sementara urusan di hospital selesai, namun atas dasar "ikut kepala sendiri" dan terjumpa ruangan kosong, ubah pelan. Kereta di parkir, dan sepanjang perjalanan pendek ke hospital, hujan turun lebat, gemuk titik-titik air membasahi bumi. Apa nak buat, dah dasar degil. Terpaksa rempuh dan susahkan orang lain.


Tiba di hospital, dengan rambut diselaputi titis air. Basah, tapi bukan lenjun. Selesaikan tugas, nasib baik orang bukan ramai sangat. Singkat juga nak selesaikan. Balik ke kereta, hujan sudah reda. Kereta beratur di belakang, niat nak "reverse" ditangguh. Pegang "fon", main-main. Asal mencuba, tekan ke arah greentown, dasar nak jadi, mesin tunjukkan jalan ke greentown, 1km dari hospital. Mencuba, dan jadi. Nasib baik.


Kereta berjalan, ikut arahan mesin. Rupanya, mesin pun pening, sebab mesin memang mesin, bukan ada otak. So, akhirnya, persepsi awal tentang mesin, bertukar. Dari "gagal" kepada "lulus". Rezeki. Sampai juga di Greentown, masuk, keluar, balik. Pegang mesin, tekan Kampar. Jalan~~~


p/s: terima kasih papago.. mmuuaah

Labels:

2011-11-08|| 0 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife