Dilemma
Sedang mendengar : Dear John oleh Taylor Swift 

Teruk. Secara tiba-tiba, aku rasa macam aku ada ''split personality''. Yang sebenarnya, aku dalam dilema, aku berperang dengan diri sendiri, secara tepatnya, aku berperang dalam otak aku. Payah sebenarnya, nak menentukan yang mana satu yang paling tepat. Banyak kali aku alami perkara sebegini. Aduhh, aku rasa macam di awangan, takde tempat nak aku ''hold'', supaya aku tak terawang-awang macam ini. Benda ini lah yang akan mengubah sesuatu. Tapi, aku mula berfikir, akan kesangkutan ataupun keberkaitan dengan sesuatu. Erk.. "Adakah setiap kata-kata dari seorang ibu itu pasti akan jadi kenyataan walaupun kata-kata itu hanya cakap-cakap kosong?". Aku mula rasa tak kena, tapi mungkin aku sengaja nak mencari alasan. Mungkin, aku yang mencipta keadaan sebegini, dan aku gelar dilema, dan aku sendiri hanyut dalam cerita rekaan aku? Sedangkan analogi nya, aku yang memandu ke mana arah yang perlu aku tuju, dan jika terbabas, alasannya mudah, sebab aku cuai. 

Sekarang, sesak kepala aku memikirkan benda-benda begini. Memang ada perkara yang berubah, banyak, dan nyata. Tapi, aku masih mahu "think positive" sebab aku masih mahu taruhkan percaya. Tapi, sedikit demi sedikit, aku pun mula berubah, terutama "nadi" aku yang perdana itu. Aku sendiri tak pasti sama ada sudah berubah haluan dan destinasi, ataupun aku yang gagal mengawal pemanduan aku, dan sesat ke arah lain. Kernanya, destinasi sebenar masih belum ditentukan. Hahahahaha. Mungkin, jika ada perubahan, pastinya semuanya ada hikmahnya. Tapi, yang sebenarnya, mungkin salah aku juga, cepat benar terlalai dari matlamat yang satu. Mungkin aku susah nak menerima dua perkara dalam satu-satu masa. Aku mula berfikir, patutkah aku menerima seadanya, atau menerima yang tak seadanya. Biarlah aku seorang yang berfikir. 

/out

2011-10-21|| 3 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife