Bagai Budak Baru Belajar
Sedang Mendengar :  Write You a Song oleh Plain White T's

Baru aku perasan, sumbu rokok tu tak menyala pun lagi. Rokok masih terkepit kat mulut aku. Lighter aku genggam erat. Dilema.
___________________________________________________________________

Dua bulan sebelumnya, aku berjaya membuang jiwa aku yang satu, jiwa perokok. Bukan senang nak singkirkan. Macam-macam benda aku buat. Dah lama aku diarahkan, malah diwajibkan untuk berhenti merokok. Pening kepala nak fikir cara.

Cara-Cara
  1. "Ini je last rokok aku hisap, lepas ni aku xnk hisap dah" Konon-konon macam boleh cara yang agak ekstrim ni. Tapi, seorang perokok tegar macam aku, cakap dalam hati tak nak, tapi mulut masih hisap sampai habis sebatang rokok. /Gagal
  2. Join klinik 'QUiT'. Mintak ubat pertama. Ubat mahal kot. Mula-mula, beria makan ubat sambil tanam azam, memang lepas ini akan boleh berhenti. Telah ubat pertama [selepas hisap rokok]. "Wahh, ubat ini bagus lah. Ada rasa kurang nak hisap laa". Padahal, baru je makan, memang tak logik terus rasa kurang, ubat tu pun dose yang rendah. Last-last, makan ubat tu, sambil hisap rokok. /Gagal
  3. Mintak ubat yang lagi kuat dekat doktor. Konon-konon ubat yang dia bagi sebelum ini tak ada efek. Dapat ubat lain, bukan ubat makan. Plaster nikotin, kena tampal macam 'koyok'. Alih-alih, jadi perhiasan. /Gagal
  4. Beli ubat dekat farmasi. Dose paling tinggi. Kali pertama cuba, gagal dulu. Kali kedua, beli lagi. Seminggu bergantung pada ubat, memang bertahan. Masuk minggu kedua, ubat habis, duit tak ada nak beli ubat. Penyelesaian, beli rokok. /Gagal
  5. Usaha jaya dengan cara berhentikan terus pembelian rokok. Malam akhir sebelum ambil keputusan tu, punyalah sedih. Tapi tekad dah. Hari esokknya, Ramadhan. Memang tak pandang dah rokok. Terus berhenti. Berhenti. Dan Berhenti. /Lulus
Punyalah banyak cara-cara nak berhenti. Akhirnya kena cara yang murni lagi ikhlas juga.
______________________________________________________________________

Aku memang dah bebas dari rokok. Memang bukan di bawah pengaruh rokok dah. Aku sudah bebas. Tapi dua bulan kemudiannya iaitu hari ini, tiba-tiba timbul perasaan nak merokok. Sebabnya mudah, aku rasa tekanan yang amat dan nak merokok sebab nak hilangkan tekanan. Memang, sekadar alasan aku. So, aku pun ambil keputusan nak membuat 'peristiwa' merokok tu dekat satu kedai mamak ni. Kedai ni pun memang ada jual rokok batang. Aku pun balun dunhill. Dan dengan ditemani seorang teman ...

Cik I: oit, sori aku lambat.
En H : xpe. dah besa dah. hahaha
Cik I: tadi mesej cakap ada hal nak cite, apa?
En H : lek dlu, aku rasa nak isap rokok laa!
Cik I: laa, bukan ke mg dah berenti.
En H : erk. memang laa. tapi aku tension aa. nk release tension.
Cik I: byk je lagi kn cara lain release tension. baca quran ke,zikir
En H : aku tau. tapi aku pilih cara ni. ahahahahha
Cik I: memang alasan mg kn? tapi rugi lah. mg kn dah berhenti.
En H : tu laa. aku pun rasa gitu. tapi, kali ni je. kate member, spprt aa
Cik I: laa.aku takmo jadi secondhand smoker laa.

En H : sekali je. aku xnk nk hisap dah pasni.
Cik I: lantak mg laa. hisap laa cpat. pstu cite.
En H : ok. ok . ok
situasi-rokok masih di mulut. berkira-kira nak nyala.
Cik I: nyala laa. knapa x nyala lg?
En H : aku debor laa. hahahaha. Ya Allah, berilah ini kali terakhir aku isap rokok. Sekadar untuk lepaskan tension je.
Cik I: aku pun debor gak tgk mg. neves. Siap doa lagi. hahaha
En H : hahaha. tu laa. rasa macam budak kecik baru nk belajar isap. tkut-tkut. hahahaha
Cik I: tu la psl.hahahaha
Situasi-sembang sambil nyalakan rokok

En H : Huk Huk Huk Huk Huk
Cik I: Nyala dah? Lah, awt batuk?
En H : hahaha. xsedap laa rokok. memang dah xnk dah. sakit dada aku. kpla pun lalok gila. baru sepam je kot aku sedut. aduhhhh
Cik I: wahh. bgus laa. mg dah tak blh nk hisap rokok.
En H : tu laa. aku pun rasa cmtu. hahaha. aku dilindungi.

Akhirnya. Sampai ke sudah aku sakit dada. Memang terasa macam mula-mula nak hisap rokok. Jadi orang bodo! Haha. Tapi aku bersyukur. Aku batuk dan tak ada rasa nak mencuba rokok lagi dah. Moga-moga aku terus rasa begini, sampai bila-bila.

/out





Labels:

2011-10-22|| 4 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife