Aku dan Kamu
dari jauhnya—
aku nampak kamu
senyum terukir dibibir kamu
buat aku ukir senyum—ikhlas
untuk hadiahkan khas untukmu

dari dekatnya—
aku pandang kamu

kamu tunduk tersipu,malu-malu
sebelah mata kamu mencuri pandang
ke arah aku,masih tunduk

kamu bisik "aku rindu padamu"
perlahan—masih mampu aku tangkap suara kamu
aku balas"aku juga rindu padamu"
bergetar—suara aku dekat di telinga kamu

aku jadi kelu

suasana jadi sunyi—tukar romantis
kamu senyum,aku senyum
aku pandang,kamu balas

kita sama hanyut—
warna-warni bahagia
indah pelangi cinta

kita sama suka—
sama-sama mahu

sama-sama rindu

kita masih jaga—
diri,maruah,agama
sebab kita sama suka


Level 9

Jaket Jingga—rasa bukan tiket buat semua

Labels:

2011-10-19|| 2 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife