Cerita Aku
i
Mahu terus di alur yang benar
dan di bawa arus ke satu tempat
di mana di sana boleh aku menyedut nafas lega
mensyukuri dan memahami akan erti indah nikmat-Nya
dan mengerti kebenaran cerita-cerita yang dikhabarkan
ii
Tangga-tangga itu masih aku daki
dan terus sahaja aku naiki
biar bergetar tubuh menahan angin lintang melanda
hampir jatuh ke curaman di sisi
melihat dengan sipi-sipi alis mata
ku paksikan langkahan di atas muka bumi
masih bergerak di setiap langkahan yang amat getir
iii
Setiap perkara berlaku punya cerita disebaliknya
begitu juga cerita aku
harap lancar terus ku pohon
pendakian dan perjalanan ku ini
2010-09-17|| 0 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife