ke-satu-tuju
jauh benar sudah aku berjalanmalalui liku-liku dan bengkang-bengkok seratanya dan semacam bunyi-bunyi-an riuh yang berdesing di cuping-ku serta menjumpai berbagai watak yang ber-campur-gaul yang berjuta paras,rupa dan gaya lalu ternampak beribu peradaban adat makhluk yang bergelar manusia yang punya-i kehendak dan impian yang tidak akan mampu di-jelmakan menjadi sebuah kenyataan kerana mereka itu sentiasa mahu-kan yang jauh dari apa yang mereka ada dan mereka tidak pernah melihat dahulu akan apa kemampuan mereka dan terus sahaja mereka ber-mimpi untuk miliki segala-nya langkah-ku tidak terhenti walau me-lecet sudah jari-jemari dan jika-nya di-takdir pun tercabut kepala lutut ku, aku utuh untuk terus melangkah dan kira-nya ter-keluar sendi-sendi dari tempat-nya, aku masih mampu menapak kerana untuk ke destinasi itu aku perlu punya kekuatan semacam raksasa, perlu punya kehebatan sehebat pahlawan agung, dan perlu punya ke-inginan yang tidak tercabar oleh apa-apa. 2010-06-29|| 0 comments
|
Siapa ![]() KeSanaSini
Sejenak kata
Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar Cetusan:BittersweetLife |