2o10


Tahun baru
Azam baru
Orang baru
Baju baru
Semua pun baru
Sampai, harga pun baru.


o1.o1.1o
Lagi 4 hari nak ke tahun baru.
4 hari ini juga aku menghabiskan masa ku dengan teman baik.
Hampir, 4 hari yang akan datang, teman ku akan pergi meninggalkan ku, selama-lamanya.
Aku sedih, hiba, kecewa. Berduka-cita dan sengsara.
Kenapa dan mengapa, juga bagaimana.
Ya, harga rokok naik lagi.
Aku tak pasti samada aku mampu untuk terus meneruskan hubungan dengan dia.
Aku tak pasti samada aku terus kekal bersamanya.
Aku tak yakin untuk berpisah dengannya.
Aku lemah tanpanya.
Aku kaku, tersipu malah sayu.
Harga, kenapa kau terus naik.
Saban tahun, aku merana.
Tinggi harga mu, seumpama duit hantaran artis popular.
Mana aku mampu.
Aku dah tak mampu nk bersama Paradox.
Malah DO dan juga Nusantara.
Aku rindu Dunhill, MarlboRo.
Aku rindu katung 14 batang, sedap, wangi, lembut, asyik.
Aku dah tak mampu nak sedut rasa plastik di tekak ku.
Aku dah tak mampu nak jadi rakyat jahat, beli bukan buatan negara.
Aku penat, dugaan sungguh berat.
Harga,turun lah engkau.
Walau buat seketika.

2oo9, aku pasti rindu kan kau.
Aku rindu harga rokok tahun 2oo9.
Murah, senang, padat, dan jimat.
Aku rindu.
Tapi, kau jangan pernah takut.
Kerana, aku pasti akan memiliki mu.
Biar papa, asal ku bahagia.
Dunhill, tunggu ku...

QuoTe;
I don't have any motivation.
No need to the motivation.
Smoking is my inspiration.
2009-12-28|| 0 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife