Sebelum Dan Selepas

Sebelum dapat;

Makan tak kenyang.

Tidur tak lelap.

Mandi tak basah.

Benda indah jadi buruk.

Benda wangi jadi busuk.

Itu ini, semua tak kena.

Sana sini, semua tak jadi.

Bila dah dapat;

Telinga ku sakit.

Tak tahan, dengar bunyian bingit.

Mata ku pedih.

Pandang macam nak nangis.

Tangan ku kaku.

Tak percaya.

Kaki ku terpaku.

Sia-sia.

Hati ku sesal.

Terikut perasaan.

Puas aku berfikir.

Masih, tak temui jawapan.

Kejam, memang kejam.

Tapi, aku tak pernah sedar.

Diri ku yang punya jawapan.

Semua ada di bahu ku.

Semua itu, aku jinjing.

Berat, memang.

Tapi, itu hak aku.

Salah kah mereka?

Salah?

Tidak, salah aku.

Kenapa?

Sebab aku.

Aku?

Ya, aku.

Dulu, aku bodoh.

Tak ikut kata.

Ikut nafsu, berpaksikan setan.

Aku jahil, tak fikir panjang.

Singkat, comot. Hodoh

Semua ada.

Tapi, sekarang tiada lagi.

Masa tak boleh diputar kembali.

Masa tak pernah tunggu.

Masa selalu berlari.

Aku, masih di sini.

Masih berjalan, tapi mereka berlari.

Aku memang tenang. Cool.

Tapi, tak guna.

Air mata ku, perihal sedih.

Air mata mereka, perihal gembira.

Aku sesal, tapi lambat.

Segunung air mata, seluas laut dalam, tidak akan kembalikan sisa-sisa silam.

Aku janji, akan berlari.

Aku sudah di permulaan.

Moga-moga, lancar, tiada lagi halangan.

Amin~

TriBute to my bRo.

Moga-moga ini jadi penawar duka mu.

2009-12-28|| 0 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife