BuTa-
“Cinta itu buta, dan boleh membutakan.
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan.
‘Aku Cinta Padamu’ hanyalah ungkapan.
Luahan yang jarang bermakna bila diungkapkan.”
By:Too Phat feat. Siti Nuhaliza, Dua Dunia.

Jika direnungkan, benar kata-kata itu. Namun, adakah itu bermakna cinta itu hanya mainan? Di manakah hilangnya kasih dan sayang? Pada siapakah cinta teragung antara manusia?

Bagi aku, wanita ada dua. Yang pertama, Ibu. Yang kedua, kekasih. Antara mereka, dimanakah cinta sejati milik seorang lelaki? Mungkin, ramai yang menganggap kekasih jawapannya. Sekarang, mari kita bandingkan.

Jika kamu punya kekasih, dan kamu menyakiti hatinya, mudahkah baginya untuk memaafkanmu? Mungkin sukar, jika kesalahan itu berkali-kali kamu lakukan. Namun, bagi seorang ibu, tidak kira betapa besar, betapa kali kamu melakukan kesalahan, hatinya punya ruang kemaafan untuk memaafkanmu. Rajuk ibu, rajuk kejap, tidak tegar baginya bila melihat anaknya dalam kesusahan. Biar, dia yang dilanda badai derita, namun untuk melihat anaknya duka, jauh sekali. Kekasih, rajuknya punya makna. Mungkin mahukan pujukan,hadiah, malahan satu cara menjauhi diri mu. Setia ibu, sampai ke syurga, setia kekasih? Bila punya harta dan sementara masih ada rupa. Kasih ibu, membawa ke syurga. Kasih seorang kekasih, tidak kekal lama. Jelaslah, kasih dan cinta seorang ibu terlalu agung jika dibandingkan dengan cinta seorang kekasih. Ibu, tidak akan pernah menolak cintamu, sedangkan kekasih sering menolak jika kamu tidak menuruti cirri-ciri pilihan hatinya. Sedangkan, ibu dan anak itu, hanya dipisahkan oleh tali pusat. Jangan pernah mengasihi wanita lain sedalam kamu mengasihi ibu kamu. Namun, jangan pernah lebih mengasihi ibu mu, lebih dari kasih padaNya. Tumpahkan air mata keramat mu kerana dua: Allah dan Ibu.



Kasih dan cinta pada ibu mu, sementara masih punya waktu, masih punya kesempatan. Jangan, menyesal bila kamu sendiri tidak mampu untuk mengembalikan waktu. Cukup, dengan kata-kata, bagi tenang hatinya. Perbuatan, bagi sejuk perutnya. Dan kejayaan, untuk kebanggannya.

Bangunlah. Lihatlah dengan mata hati, bukan dengan mata kepala. Sedarlah, sebelum hari-hari itu, sudah tiada dan segunung air mata darah jua tidak akan bermakna.
2009-12-23|| 0 comments

OLD / NEW

Siapa

puisi itu bukan pada cantiknya bahasa, atau indahnya prosa. puisi itu cukup jika boleh melegakan hati si penulis, bukan untuk memuaskan hati sesiapa. -Xe-

KeSanaSini
Entri Saya



Sejenak kata


Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar
Cetusan:BittersweetLife