al-Fatihah
Malam itu, aku dikejutkan dengan SMS dari temanku..Leth:Bro,lu da lik perak lum?ad mbr mninggal ni. Aku:Da r,spe dol? Leth:Syafik mamak.igt? Terkejut, terus aku menelefon mmber ku itu.Untuk mendapatkan kepastian tentang berita itu. Pasti, memang pasti, seorang dari temanku dari zaman sekolah ku telah mendahului kami semua. Sedih, hiba, terkejut, semua bercampur gaul menjadi satu. Tidak ku sangka, dalam usia yang begitu muda, arwah pergi menghadap Tuhan. Arwah seorang yang sangat baik hati, kelakar dalam perbuatannya. Aku tidakklah begitu rapat dengannya, namun aku masih mengenalinya. Kini, baru ku sedar, perjalan hidup ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa sahaja. Bila tiba ajalnya, tidak kira di mana, bila dan di usia apa pun, pasti kita akan pergi meniggalkan dunia yang fana ini. Tiada apa yang kekal di dunia ini, melainkan Yang Esa. Aku mendoakan semoga arwah diberkati, dipermudahkan urusan di sana kelak, serta ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.AMIN.. ~~~Al-Fatihah~~~ 2009-11-19|| 0 comments
|
Siapa ![]() KeSanaSini
Sejenak kata
Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar Cetusan:BittersweetLife |