TeMaN?.
Malam itu, sama seperti malam sebelum ini. Malam itu, aku masih di situ. Malam itu, aku hampir pasti seorang. Sedang aku merenung jauh pada kehidupan silam ku, pada semua kejadian yang pernah berlaku, pada kisah tragis dan juga manis, ku mulai sedar. Senyuman mula aku kuntum. Aku masih seperti dulu. Tapi, aku tidak lagi seperti malam-malam itu. Malam itu, aku ketawa bila melihat keletah Monkey.D.Luffy. Sahabat ku itu, seperti sedia kala, tetap gembira tidak kira apa juga yang berlaku. Aku juga senang bila bersama Nami, dia memang seorang yang garang, tapi pemikirannya sangat tajam. Tatkala perut ku lapar, makanan sudah tersedia, terima kasih kepada Sanji. Tiba-tiba, aku merasa kurang sihat. Kaki ku yang patah, semakin teruk, sesekali aku menjerit-jerit kesakitan, sedang aku menahan sakit itu, datang pula Chopper, memberi aku bantuan. Tidak kurang dengan itu, Zorro kadang-kadang datang menunjukkan kehebatannya bermain pedang. Kiranya kaki ku tidak patah, mesti aku sudah bertarung nyawa dengannya. Tapi, semua bagai tidak lengkap tanpa Usopp, walaupun agak penakut sahabatku itu, tapi dia seorang yang cekal. Masih setia kepada kepercayaanya. Kini, hidup ku lengkap, dengan kehadiran teman baru ku, Nico Robin, walaupun agak pendiam, tapi ku gemar bila dia tersenyum. Terima kasih ODA kerana mengenalkan aku dengan semua ini. Pengubat jiwa aku.
2009-09-05|| 0 comments
|
Siapa ![]() KeSanaSini
Sejenak kata
Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar Cetusan:BittersweetLife |