iNsOmNia ku
Sejak akhir-akhir ini, aku mula rasakan penyakit lama aku kembali semula. Sejak bulan puasa yang baru-baru ini, aku mula merasai simptom-simptom penyakit lama aku itu. Pada waktu malam, amat sukar bagiku untuk melelapkan mataku. Jika waktu berdetik masih belum pukul 5, pasti mataku tidak akan lelap, hingga badanku sukar untuk berehat. Aku mengalami insomnia, penyakit untuk orang-orang yang rajin bekerja di waktu malam. Hehe. Tapi, jika insomnia ku ini hadir dengan semangat juang untuk aku terus berjaya, mungkin aku sangat menyukai penyakit ku ini. Tapi, di kala malam, aku lebih banyak menghabiskan masa ku di atas kerusi, menghadap skrin LCD yang dipasang lengkap dengan PC “terbang” dan PS3. Waktu malam ku, aku tidak mampu untuk menghabiskannya dengan perkara yang lebih baik. Seumpama aku berjaga untuk melakukan perkara yang sia-sia. Entahlah, aku sangat-sangat sedih dengan keadaan aku sekarang ini, kerana di kala pagi, aku amat sukar untuk menyiapkan diri ku. Kurang tidur ku rasakan. Tapi, ku harapkan, ku dapat mengatasi masalah insomnia ku ini, ataupun aku mesti berusaha untuk pergunakan penyakit ku ini demi kebaikan dan cita-cita ku. Insomnia, aku takkan tunduk padamu, kerna aku tahu, semua yang berlaku punya hikmah di sebaliknya.. ![]() ![]() 2009-09-27|| 0 comments
|
Siapa ![]() KeSanaSini
Sejenak kata
Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar Cetusan:BittersweetLife |