Kisah Ku
Pagi,tiba lagi.Aku terus dibuai mimpi indah bersama kesejukan yang melampau.Hampir aku terlewat buat kesekian kalinya.Tapi,aku berjaya,memahatkan semangat untuk bangun dan bersiap sedia.Aku menggapai besi perak itu,yang disaluti plastik hitam.Dengan sepenuh daya dan kudrat,ditemani rakanku,aku telah berada di atas tungganganku.Ilham tiba untuk aku menyusuri jalan desa.Basah,kotor,dan berair.Tapi,tak apa.Sedang aku leka,mengenang masa depan,di selekoh itu,tersergam indah bangunan pencakar langit yang dipanggil kondominium oleh penduduk di situ.Dengan kelajuan yang agak laju,hujan yang tak berhenti turun,aku dikejutkan.Sebuah kereta,dengan laju dan cepat,keluar dari kawasan bangunan itu.Hampir aku terkejut.Hampir aku terlanggar,hampir berlaku kecelakaan kepadaku.Tapi,nasib aku baik,aku sempat menekan alat yang tersedia yang terletak di bawah kaki kanan ku.Kelajuanku dapat dikurangkan.Tapi,hampir lagi aku merempuh kenderaan itu.Aku pandang sekilas manusia yang membawa tunggangannya itu.Dia pun pandang aku.Dan,tiba-tiba aku teringat akan wajahnya.Aku kenal gadis itu,dia pernah kenal aku.Mahu sahaja aku berhenti dan memarahinya.Tapi,aku terkejut bila dia tanpa memperdulikan aku,terus menambah kelajuannya.Tidakkah dia rasa bersalah?Tidak kenalkah dia dengan aku?Atau,dia anggap aku ini seorang yang sia-sia.Ia lah,moto,dibandingkan dengan motokar.Aku terus menahan kesabaran aku.Aku sejuk kembali sama sejuk dengan cuaca di sekeliling ku.Aku maafkan engkau,mungkin keadaan yang memaksa.Aku berhenti di situ,dan dengan semangat,aku melupakan keadaan yang telah berlaku,yang hampir-hampir melupakan niat sebenar aku.Aku kembali fokus,kembali ke jalan yang sebenar.Aku teruskan perjalananku.
2009-08-27|| 0 comments
|
Siapa ![]() KeSanaSini
Sejenak kata
Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar Cetusan:BittersweetLife |