|
Ertinya...
Di saat itu,mereka bertempik kegembiraan,melaungkan kata-kata yang biasa,tapi bersemangat bunyinya.Dengan diiringi oleh seorang pemimpin,Merdeka3X dijerit.Tahun ini,sekali lagi peristiwa yang sama yang saban tahun diraikan terjadi.Sudah 52tahun negara ini merdeka.Tapi,merdeka kah kita?Merdeka kah rakyat kita?Merdeka kah jiwa kita?Apa erti merdeka itu?Adakah merdeka bererti menaiki motor beramai-ramai sambil melaungkan sahaja?Atau dengan berpesta di malamnya?Atau,bergelimpangan serata tapak dengan bertemankan botol-botol yang capnya entah apa.Atau merdeka itu bererti titik masa untuk kita bersuka ria tanpa kita pernah ingat tentang agama kita.Itukah merdeka?Tapi,kenapa begitu pula?Kenapa masih ada orang yang cinta pada kaumnya dari negaranya?Patriotik itu sudah selalu sangat disebut,tanpa ada makna,umpamanya sebutan tanpa pengertian,kosong dan sia-sia.Merdeka ertinya bebas.Bebas dari segi apa?Segi pergaulan,perlakuan,agama,kaum,budaya atau pemikiran?Itukah merdeka?Cuba kita lihat sejenak dalam diri kita dan cuba kita menilai semula diri kita.Layakkah kita bersama mereka melaungkan kata-kata merdeka itu.Cukupkah syarat-syarat untuk kita mengakui kita rakyat yang sebenar?Tepuk dada,tanya diri.Jangan pernah laung tanpa erti,kerana itu umpama kata yang sepi tanpa pernah kita ngerti.Merdeka,Merdeka,Merdeka.Terima kasih kepada semua yang pernah berjuang dalam membebaskan negara ini. 2009-08-29|| 0 comments
|
Siapa ![]() KeSanaSini
Sejenak kata
Kredit
Gubahan:Xe
IdeaAsal:Nazihah Anuar Cetusan:BittersweetLife |